About JB Crew 135LC
Group ini mula wujud sejak 1 Januari 2011.
Tujuan group ini diadakan adalah untuk mengumpulkan semula penunggang-penunggang YAMAHA 4Stroke...
Yamaha 135LC, Yamaha Spark dan Yamaha X1R... yang berada di sekitar Bandar Johor Bahru.
Sunday, 18 March 2012
KARNIVAL KELAB2 KERETA & MOTORSIKAL MALAYSIA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2011
Saturday, 17 March 2012
Aktiviti Midnight Ride at Tg Leman (FIRST RIDE JBC) 5 FEB 2011

Laporan Aktiviti Midnight Ride at Tg Leman
By Muhammad Syafiq in JBCrew 135LC
5 Febuari 2011
9.30pm - Masing-masing memulakan perjalan di tempat berkumpul iaitu Petronas Today's Mall..
10.20pm - Terdapat seorang rider .... Rantai nya putus akibat dari tidak menegangkan rantai motosikalnya. Maka hasilnya menolak la jawabnyer dari Tmn. Perling (Tampoi Indah) ke Ulu Tiram ( Rumah Buyung).. Moto tersebut ditunda dengan kelajuan 80-90km/h (Ikut Meter RXZ) oleh Nas.. Orangnyer kecik je, tapi moto beliau sangat kuat sehingga mampu menolak motor tersebut ditengah2 kesesakan jalan raya Kangkar Tebrau sana... Sepanjang perjalanan penundaan itu, diawasi oleh Khai & Mai....
11.00pm - Tiba dirumah buyung, maka bermulalah aktiviti membaiki rantai motosikal yang putus itu sambil dibantu oleh beberapa rakan yang lain.. Setelah diteliti kerosakan yang di alami itu, rupanya rantai yang putus tadi telah mengakibatkan spoket motor tersebut bengkok. Kuat juga sentapan rantai putus tersebut..) Dengan menggunakan kepakaran D.I.Y oleh Khai, maka dapatlah spoket yang bengkok itu dibaiki dalam amsa lebih kurang 1/2jam.. Untung ade yang pakar dalam bab2 ni.. Ada pula yang mengidam ejos Ahau.. (katanya kalau xde ejos ni, motor dia merajuk, xtau la betul ke tidak yer.. )
6 Febuari 2011
12.00am - Setelah segalanya siap, maka masing-masing berkumpul di Petronas berdekatan dengan Today's Mall...
12.30am - Siap mengisi minyak di petronas tersebut, beratur dalam barisan dan meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju iaitu Tg. Leman...
12.50am - Setibanya di persimpangan Kota Tinggi, terdapatnya halangan polis.. (Road Block), Masing-masing lengkap dengan dokumen yang sah untuk ditunjukkan kepada anggota polis yang bertugas. Perjalanan diteruskan seperti biasa...
1.30am - Tiba di persimpangan Sedili, ada juga halangan dari Polis.. macam biasa, tunjuk lesen & IC yang lengkap, lepaslah kami semua.. Walaupun ade yang dah takut nk tunjuk. Siapakah gerangan beliau yer.. hehe...
2.30am - Lebih kurang jam ini, tiba di Tg. Leman sambil ditunggu oleh Jai, (tukang beli barang) untuk aktiviti BBQ tersebut. Motor disusun, sambil itu penyediaan tempat untuk membakar ayam-ayam tersebut telah pun dilakukan, maka bermulalah aktiviti membakar ayam-ayam tersebut.. Bakar punya bakar, sampai xhingat dunia.. Ada yang cari kayu untuk membuat unggun api, (sampai ranting pokok dipatahkannya..) Gara-gara nak membuat pencahayaan yang sedikit terang, supaya xgelap sangat ketika itu.. Sepanjang pembakaran tersebut, pelbagai ragam dapat dilihat.. Ini menunjukkan yang JBCrew ni sumenyer sempoi2 belaka, mesra sesama ahli-ahli yang lain. Satu sifat yang harus dipuji. kerjasama yang erat antara ahli-ahli yang lain dapat dilihat disitu.. (Panjang lagi ape yang berlaku, tapi ringkaskan takat ni ajer..)
4.30am - Ade yang sudah tidur gara-gara kepenatan menunggang. Tetapi ade yang sukar tidur gara-gara penangan Power Root nyer pasal. ade juga yang dh tidur, bangun kembali gara-gara perut berbunyi kelaparan meminta diisikan dengan makanan...
6.30am - Bangkit dari tidur, walaupun ade yang x tidur ketika itu... menjadi Security katanya.. Memastikan motorsikal sendiri dan ahli-ahli lain agar berada dalam keadaan selamat..
7.30am - Aktiviti bermain air pantai di Tg. Leman bermula.. Xsemua yang mandi kerana ada yang selsema pagi tersebut.. Tidak kurang juga yang terlupa bawa seluar mandi, gara-gara dah terbiasa mandi tanpa pakaian kot.. Masing-masing enjoy mandi, dan juga yang membuat istana pasir pelangi la kononnya.. Hehe... Masing-masing main air pantai dan ade juga yang menyambung kembali aktiviti berhibernasi.
11.30am - Bersiap-siap untuk meneruskan aktiviti lain iaitu makan-makan di rumah Jai di Tg. Leman. Makan nasi berlaukkan udang pedas, ayam kampung masak lemak dan sayu kerabu.. Makan sampai kenyang la katakan.Ada yang mintak bungkus lagik..
1.00pm - Meneruskan perjalanan ke Kahang, Kluang.. Melalui jalan di persimpangan Jemaluang, terdapat aktiviti yang sungguh mengasyikkan dan mengiurkan. Aktiviti yang telah sekian lamanya ditunggu-tunggu oleh rider2 sekalian iaitu aktiviti meleper.
1.30pm - Bermulanya hilang pedoman oleh rider-rider sekalian setelah nampak jalan-jalan yang terbaik untuk memulakan aktiviti tersebut. Dimulakan dengan mengubah posisi badan, kaki dan tangan, maka bermulalah aktiviti yang dikatakan meleperan.. Asyik meleper lebih kurang 20minit, terdapat seorang rider yang rantainya putus. Maka masing-masing memberhentikan motosikal ditepi jalan sementara menunggu rantai yang putus itu dibaiki. Nasib ade pin & klip rantai spare, klu x menolak la jawabnya. 1st half rehat la setelah meleper.
2.10pm - Setelah siap membaiki dan memeriksa motosikal lain, aktiviti disambung kembali.. Masing-masing hilang pedoman melalui jalan berbentuk S, N dan sebagainya.. Tiada jalan berbentuk X yer.. Sepanjang perjalanan tersebut, ade kejadian yang tidak disangka iaitu 2 ekor En B. (Nama Samaran) telah dilanggar dari sisi oleh sebuah kereta Honda berwarna biru..
3.00pm - Mengisi minyak di Shell Kahang, kebetulan pula terserempak dengan kereta honda biru tersebut.. Setelah diteliti keadaan kereta tersebut, didapati akibat dari pelanggaran tersebut telah merosakkan (kemek yang agak besar) dan mencalarkan pintu kereta tersebut..(Kulit B tuh mcm kertas pasir pn ade..) Sungguh tragis sekali..
3.45pm - Tiba di Kahang barat untuk mengambil penumpang dan meneruskan perjalanan ke Bandar Tenggara. Kalau tadi mengambil penumpang, kali ini menghantar penumpang..
5.00pm - Tiba di Bandar tenggara, dan berehat seketika..
5.30pm - Meneruskan perjalanan ke Johor Bahru (Ulu Tiram). Sepanjang perjalanan tersebut, setiap jalan yang dilalui tidak di sia-siakan begitu sahaja oleh rider-rider JBCrew dimana apabila terdapatnya jalan bengkang-bengkok, maka posisi badan pun berubah, kedudukan motosikal pun berubah.. Faham-faham sendirilah yer.. Pendek kata hilang pedoman. Bila jalan lurus, memerah trotel minyak ke tahap maksimum yang mungkin.. Biasalah anak muda..
6.15pm - Tiba di kedai makan di Ulu Tiram. Berehat sambil itu memesan makanan dan minuman bagi mengisi perut masing-masing yang kelaparan dan kehausan.. Pesan selagi yang boleh katakan..
8.00pm - Masing-masing bersalaman sesama ahli dan meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing untuk berehat dan sebagainya...
Jutaan terima kasih buat rider-rider JbCrew iaitu Buyung, Ecah, Ariff, Amad, Anom, Ripin, Khai, Mai, Ucop, Faiz, Aril, Hidayah, Jai, Nas dan Nestum ( Aku la.. ) yang telah menjayakan aktiviti Midnight Ride to Tg. Leman pada 5-6 Febuari 2011.. Jika ada aktiviti lain yang ingin dicanangkan oleh ahli-ahli lain, sila utarakan disini.. Kita akan berbincang sama-sama untuk aktiviti tersebut.. Jangan lupa sepanjang 2hari tersebut terdapat beberapa perkataan yang kita sama-sama dapat belajar itu "Kledek 3x.. dan Mamai.."
Saya wakil dari pihak yang lain ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang aktiviti tersebut berjalan.. Majulah JBCrew kehadapan.. Sekian...
Subscribe to:
Posts (Atom)